puding trifle.

assalamualaikum dan selamat sejahtera.
untuk entry kali ni nak kongsi resepi puding trifle dan hidangan untuk 10 orang.So kalau nak ajak kawan-kawan datang rumah tu boleh lah buat..Tak lah susah mana dan cepat siap la cuma korang kena buat betul-II..kalau tak nanti adalh kurang..

ni resepinya :

- Yogurt atau whipping cream
Swiss roll
- 1 tin fruit cocktail
- 1 kotak Kristal Jelly
- 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir 
- 4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit


cara-cara :

  1. Lapisan 1 = Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu.
  2. Lapisan 2 = 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sesambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air - tepikan dulu). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad tadi, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.
  3. Lapisan 3 = Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.
  4. Lapisan 4 = Masak air panas (ikut sukatan pada kotak jelly), hingga mendidih. Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).
  5. Lapisan 5 = Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream (dipukul dulu hingga gebu) keatasnya... taburkan dengan buah strawberry (atau buah2 lain ikut suka) keatasnya......

p/s: mak aku kata aku punya kastard tak tanak lgi...so bila potong hancur..tapi masih boleh makan..hancur pun apa kesah :3 actually aku buat ni sebab baca novel.Macam sedap je kalau baca dekat novel..hehe :D

TERIMA KASEH DAUN KELADI KALAU BOLEH KOMEN SEKALI !

1 comment:

namikanazira said...
This comment has been removed by the author.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...