what you must know before you love someone

In Love mood? Aku ada 3 tips untuk dikongsi~ Kalau member aku baca ni 
kompem tercemar la nma baik aku pasni.  
 Sorrylah sebab sebenarnya tak dapat bagi tips2 yang padu seperti
 yang diharapkan= bagaimana nak memikat hati jejaka idaman korang, 
Isu gadis-gadis sekarang ni, Boleh ke Perigi Mencari Timba? Kalau ikut
 kata Ustaz Azhar Idrus (UAI), isu perigi cari timba tu pemikiran lama.
 Kita berhak pilih siapa untuk jadi imam kita. -
(pemimpin pun rakyat yang pilih kan?). Jadi base daripada kata2 ustaz
 tu kiranya boleh la kita approach kita punya dream guy kan? Yep, boleh 
tapi ada cara. Search Engine pun banyak, . Ikut je la mana-mana cara 
yang korang suka tapi jangan lupa seperkara.


Seperkara yang membezakan perigi dan timba.

Apa beza perigi dengan timba? batu dengan plastik? 
Bulat besar dan kecik??Perigi ni ada satu keindahan yang menghalang 
dia pergi kepada timba, iaitu perasaan malu. Malu adalah keindahan
 orang-orang perempuan. betul meh.. Jadi xperlu bertindak terlalu bold..

Kebetulan bangun tido dan tertonton rancangan kat TV Al-Hijrah 
di suatu pagi yang xberapa pagi. Rancangan Assalamualaikum agaknyer. 
Memetik petua 3Ppenulis buku tu~ ni bukan tips ustazah Siti Nor Bahyah.. 
ni tips dari ustazah lain. Muda ustazah tu, tak ingat namanya.

langkah pertama bila dah suka seseorang ialah ..
1) Pause -nape pule kena delay-delay ni..? org da xcited ni.. 
Lek lu.. daripada kata-kata penulis tu bole dikonklusikan yang kita.. 
beri masa ntuk adrenalin rush kita tu stabil. Xsangka, betul rupanya 
apa member aku kata, 'Love is because of hormone'. Perasaan is trigger 
by hormon, jadi satu masa nanti excitement bercinta tu akan hilang 
sebagaimana hilangnya perasaan gayat seseorang bila dah biasa gayat-gayat. 
Jadi beri ruang kat diri sendiri tok menenangkan salur jantung
 yang tengah berombak-ombak tu.

2) Prepare - Nak main bola kena praktis, sebab kalau nak menang 
kita kena prepare. Lengkapkan diri sendiri dulu. Kalau nak yang baik, 
diri sendiri pun kenalah baik. Kalau serious nak yang kuat pegangan agama, 
kita punya pegangan pun kena dikukuhkan jugak. 
Lelaki baik untuk perempuan baik kan..

3) Pergi.. -'go get him' best btol sentence ni kan. Masa untuk 
bertindak, dah prepare cukup-cukup baru la  boleh masuk gelanggang. 
kata penulis tu ada 7 langkah yang btul untuk mendapatkan jejaka
 idaman gadis-gadis. Nak tahu, bolehlah dapatkan buku dia
 di kedai-kedai buku. Oho.. bagai layu kembang tak jadi.. maaf la
 tu je yang dia nak cakap. Aku pun tak ingat sapa ustazah muda tu 
dan apa tajuk buku dia. Alah selebihnya tu korang belajar la 
daripada orang tua korang, kakak abang korang ke.

Kalau rasa sunyi sebab takder pakwe?

-Jangan desperate sangat,

Jangan takut sangat jadi andartu sampai korang melayan
 lelaki yang bukan-bukan semata-mata sebab nak ada pasangan.- 
takut takda orang nak-> takut tak laku-> jadi anak dara tua.
 Sila nikmati dunia single. Lagipun Allah dah bagitahu yang kita ni 
diciptakan berpasang-pasangan, apa nak risau. 
Cuma sedarlah bukan semua orang jodoh kat atas dunia.
Ada yang mati tak kahwin lagi, tak kisah la mati tua ke muda. 


Senior kat seseri ada ajar:
 
Lepas solat minta pada tuhan, temukan jodoh yang soleh.  
Doa boleh merubah takdir, hidup mati diaturkan tuhan, jodoh pun camtu jugak.

"Ya Allah, hadirkan dalam hidup ku suami yang soleh,
         jodoh yang panjang dan anak yang soleh dan soleha. Ameen.." 

Ucapkan seikhlasnya penuh harapan walaupun time tu korang dah  
berkenan kat seseorang.



- "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat 
baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu 
padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang 
kamu tidak mengetahui." –
(Al-Baqarah: 216)

 Tak salah kita minta suami untuk membahagiakan kita, 
tapi ingat sumber sebenarnya kebahagiaan tu datangnya 
dari Allah bukan dari suami.

TERIMA KASEH DAUN KELADI KALAU BOLEH KOMEN SEKALI !

No comments:

♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...