kerana hidup tidak semestinya dua hala

AMARAN : post ini sekadar luahan hati shaja dan banyak merapu. Sekiranya tidak berminat sila tinggalkan page ini.

BATU PAHAT,Parit Sulong- Meniti hari-hari yang dilalui bagaikan menyapu daun kering dekat halaman rumah aku. Aku sapu pagi, petang ada lagi. Ayah balik kerja kena marah sebab tak sapu rumah. Sedangkan daun-daun kering itu yang buat onar terhadap diri yang kerdil ni. Sudah beberapa hari aku lalui hidup yang hambar.

Bangun pagi,teguk nescafe secawan dan kelam kabut pergi kerja. Ok aku tau agak hiperbola sikit ayat bajet macam kerja office je sedangkan aku kerja buruh kasar. Nasib baik ada Nisa teman mengharungi hari-hari kerja yang memenatkan.

Tidak mengapa sekiranya teman lain seakan telah lumpuhkan ingatannya terhadap diriku. Ini bukan ayat simpai lagi untuk meraih simpati pembaca kesian kepada aku. Tetapi ini situasi yang aku rasai. Aku rasa hidup macam ni pun ok. Boleh fokus kat seorang je. Izlyn teman seperjuangku yang berada di kasut yang sama aku berda tika ini tempat aku mencurah perasaan.

Baik pasal kerja,mahupun pasal kehidupan aku. Kawan , kekasih dan keluarga. Mana satu jadi taruhan andai punya pilihan satu sahaja? tepuk dada,tanya hati siapa milik carta teratas.

Hidup penuh suka duka,tawa riang. Norma kehidupan. Hari ni aku dapat berita sedih dan gembira sekaligus. Hmm...dahsyat.Disebabkan aku tidaklah sebijak mana ni jelah yang aku dapat,

Pertama,


Kedua,


Dikesempatan in, saya ucapkan semoga berjaya kepada rakan-rakan seperjuangan yang akan ditemuduga apa sahaja yang mendatang. Semoga maju jaya.Ikhlas saya, Faraizzati :) okay aku chow dulu.Senang jumpa lagi.

TERIMA KASEH DAUN KELADI KALAU BOLEH KOMEN SEKALI !

No comments:

♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...