Hidup Ibarat Roda

Kadang-kadang kita rasa kita sudah cukup pandai, cantik sangat, kaya sangat,(mungkin boleh dikategorikan sbg riak kot if im not mistaken, betulkan kalau aku salah)Sampai satu tahap kitakita memandang rendah terhadap kebolehan orang lain. Kadang-kadang bukan kita tak perasan yang apa yang kita buat,kita cakap, kita tulis salah. TETAPI disebabkan kita rasa diri ni "cam bagus je!" kita ambil ringan semua itu.


Ya kita memang dah besar! umur pun dah ginjak remaja.Namun kita harus ingat sumua nikmat yang Allah bagi tu sementara.Bila-bila masa je Allah boleh ambil balik.


Hatta walau sepandai mana pun kita, ilmu yang Allah turunkan ke bumi ini bandingannye setitik je dari lautan ilmu Allah.SubhanAllah hebatnya Allah itu tidak dapat dijangkau oleh fikiran manusia.

Kadang-kadang juga kita rasa diri kita ni tak pandai, hodoh, miskin.
Kita rasa insecure bila tengok orang lain lebih dari kita, orang cantik dari kita. benda ni selalu jadi bila lepas exam, dapat markah teruk kita sedih, terlampau sedih sampai kita rasa tak bersyukur dengan apa yang Allah kasi pada kita. Dan aku pun tak terlepas daripada semua itu.


Sepatutnya kita perlu bersyukur dengan nikmat yang Allah beri pada kita walau seburuk mana pun walau kita tak suka.Mungkin Allah tak bagi kejayaan pada kita masa tu sebab kejayaan tu mungkin akan buat kita lupa pada Allah.Dia bagi kejayaan pada kita selepas kita bersedih supaya kita tau erti Bersyukur.


" Jika kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah)kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan kebaikan yg banyak padanya" - surah An Nisa' ayt 19.



Ingat hidup ni macam roda, kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita di bawah.
Bila kita di atas (berjaya) pandang orang yang lbh ats dr kita, berjuta org yg pandai kat dunia bukan kau sorang je.jgn pandang orang yang lebih bawah pada kita sebab masa tu la perasaan riak akan timbul dalam diri kita. Bila kita di bawah,(dlm kesusahan) pandang orang yang lebih bawah dari kita sebab berjuta orang yang tak bernasib baik dari kita. Contoh, kita sedih sebab exam teruk, ingat berjuta orang yang nak belajar tapi tak dapat berlajar sebab kemiskinan hidup.

See, betapa pentingnya perlu ada rasa syukur pada diri kita.
Mungkin sebab ni kot masa tingkatan 5 kita belajar tajuk "manusia perlu bersyukur" walaupun kita rasa kita dah cukup matang untuk tahu tentang bersyukur ni..
hakikatnye ramai manusia tak tahu bersyukur termasuk lah aku..


p/s: note to myself and credit to Syazmin.
TERIMA KASEH DAUN KELADI KALAU BOLEH KOMEN SEKALI !

No comments:

♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...