hanya engkau

dengan harapan kau membaca nota ini,
baca dengan lapang dada
seribu kemaafan ku pinta.
seandainya coretan ini mampu mengoyak hatimu.
Namun,hatiku telah lama terkoyak,
tiada ubatnya.

andai disini sahaja jodoh kita,
aku harap kau terima dengan reda.
Pasti akan ada yang terbaik untukmu.
mungkin aku memang serba kekurangan,
sebab kita tiada ikatan pertalian.

bukanku mahu mengungkit,
hanya peringatan untuk diri sendiri yang sering alpa,
mengambil kesempatan atas dirimu
sehingga kau menganggap dirimu kuli ku.
namun itu bukan niatdi hatiku,

mungkin aku terlampau mengarah
sedangkan tinggi sangatkah status ku dimatamu,
aku bukan ibumu, lagikan pula isterimu.

bagi segala budimu,
ku dahului ucapan terima kasih.
kelak aku tidak terhutang budi kepadamu.
aku takut aku tak mampu membayarnya


hakikat sebuah kisah,
harus kau sedari,
sebuah kisah pasti ada penghujungnya.

mungkin penamat itu manis bagai madu,
ataupun pahit bagai hempedu,
semuanya kuserahkan untuk kau bagi membuat keputusan.


xoxo,
fara

nota kaki :

maafkanlah diriku tak bisa bersamamu 
walau besar dan tulusnya rasa cintamu

TERIMA KASEH DAUN KELADI KALAU BOLEH KOMEN SEKALI !

No comments:

♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...