life as student Asasi Alam Bina

Assalamualaikum.
fuhh..alhamdulillah syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurniaNYA dapat menghabiskan semester 1. Walaupun banyak disaster berlaku sepanjang sem ni..hihihi..so, post kali ni nak menceritakan sepanjang satu sem yang aku fikir indah untuk jadi budak alam bina ( yelah sebab dah keluar dari bidang sains).



At first, ramai provok aku macam  kau serius ni nak amek kos alam bina? ,  tak sayang ke tinggalkan sains? and etc.ok tu baru starting je...bila aku jumpa kawan aku masa Minggu Haluan Siswa

KAWAN :eh. kau amek sains hayat eh?
AKU        :  eh manade..cuba teka?
KAWAN  : oh mesti kau sains fizikal?
 * sebab um tawarkan 3 kos( sains hayat, sains fizikal, alam bina)

bila orang tanya mak aku pulak orang ingat aku ni bakal-bakal stok doktor.Ok yang ni aku rasa lawak. Teori orang ingat budak sekolah sains end up jadik doktor tak pun engineer. Apa kos lain sudah pupus kaa?? humm, entahlah..

Banyak sebab kenapa aku amek kos ni. Pertama, sebab aku rasa aku nak lari jauh dari sains (ok, aku agak patah hati sebab tak dapat straight..so aku pk aku gerenti taleh bawak sains dekat u nt) ok so narrow- minded kan? janganlah jadik macam aku ni. Kalau korang ada tekad nak jadik doktor, jangan patah semangat okay even tak dapat straight SPM. Sebab ramai je orang yang skor kat u berbanding spm.( cakap je pandai aku ni)

Secondly, aku rasa kos ni senang, toksah dok hafal2 bio, physics or etc cuma perlu melukis.Sebab aku rasa dah cukup malas nak belajar (kalau ade orang kaya datang minang, konfem terima) sampai tahap gitu la hiperbola aku...tapi aku tak pernah terfikir bahawa aku akan melukis bangunan yang perlu aku paham macam mana nak lukis (e.g: internal perspective, 2 point perspective, shadow casting, plan, axonometry bagai) yang perlu ada pemahaman untuk melukis. Tak tipu okay ,,,rasa menyesal bak angg laa sebab bagi aku yang tade basic ni..susah weiii..daripada nak pegang t -square pun aku tak reti.sadis la waktu mula-mula tu..then lama-lama aku boleh terima.


Finaly, aku rasa kos ni untuk budak-budak yang cool ( aku tau ayat aku bajet sangat) hahaha..agaklah kot..sebab budak hayat and fizikal selalu fikir kitaorang ni senang je..macam tade kerja..yelah tayah dok hafal..tapi korang tak tau keperitan sebagai budak alam bina.


  1. Setiap hari sabtu submit submission dan ade kelas dari pukul 9pagi -1 petang..kadang-kadang extend..sometime kelas waktu malam
  2.  Kita orang sama je macam kos lain sebab untuk buat submission or projek kadang-kadang tak tidur semalaman.ni baru foundation kalau degree konfem2 tidoq kat studio.sebab masa foundation pun dah de yang tido studio.Angap jelah studio tu rumah kedua kepada sesiapa yang bakal masuk Alam Bina ni.
  3. Kita orang selalu disishkan daripada budak sains means adik sepupu tiri untuk diorang...kalau de pape mesti kitaorag yang tau..yang ni tradisi pasum.
  4. kadang-kadang even dah put whole of my heart dalam projek..aku tetap kena maki gak...tade lah maki teruk cuma tak berapa hargai usaha aku..but its okay..kita day try terbaik.
  5. part yang aku rasa agak sukar kot..how to gain ideass! camne nak buat projek yang ikut kriteria yang dikehendaki untuk skor dalam sem ni..


okay..Sum up for this semester, subject yang diambil ialah :

  • Architectural Drafting
  • Graphic Communication
  • Economics
  • Environmental Studies
  • Introduction to Management
  • Statistics and Probability
  • English for MUET*
  • Information-technology*
yang ade tanda* tu subjek yang sama untuk semua budak PASUM.

Okay ni amaran..aku tulis bukan untuk provok jangan lah amek kos alam bina..takde ehh..kalau korang nak silakan..dalam islam takde paksaan..just think wisely..this is your future.fikir apa kos yang terbaik untuk kasi anak bini parents kau makan nanti..do something that you 'll put your whole heart on it.Sebab kau bukan nak kerja satu dua tahun but mybe sampai akhir nafas kau.Sometime kita fikir,kos yang kita amek sekarang ni tak sesuai dengan kita,then kita rasa nak give up!patut ke?..then bila orang lain skor,kita dapat score mark rendah kita give up..kita terus tade semangat..ok its normal laa..sebab kalau korang tade perasaan camtu lagi bahaya tade rase nak bersaing..BUT try korang fikir in positive way..ingat setiap yang Allah kasi kat kita ada hikmahnya..okay aku cakap macam senang je kan..tapi kita sendiri yang alami.Maybe kalau Allah kasi mark kita high, kita dah malas belajar..Dan tak semestinya orang yang 4 flat tu akan senang terima kerja..sometime orang yang nak amek kita kerja ni takut nak amek budak 4 flat sebab takut budak tu demand for high salary.Remember that, REZEKI,JODOH dan KEMATIAN tu rahsia Allah. Everything happen for a reason :)

*saia ajk jogathon yang baik:D

banyak sangat celoteh..aku takde harap orang baca..cuma rasa happy for sharing my opinion :)
#UMisone #PASUM



TERIMA KASEH DAUN KELADI KALAU BOLEH KOMEN SEKALI !

No comments:

♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...