kelip-kelip



assalamualaikum.

setelah sekian lama meninggalkan dunia penulisan aku rasa rindu yang teramat sangat *hiperbola sangat sebenarnya biasa jelah. 2015 pun hampir meninggalkan kita dalam sedar tak sedar. Umur pun bakal meningkat, iman dan amal macam mana? tepuk dada tanya lah diri.

Tahun yang agak mencabar dan pelbagai pengalaman yang ditimba sepanjang 365 hari ni. Terima kasih kepada kalian-kalian yang banyak memberi memori kepada diri sama ada manis,pahit, masam,busuk,wangi dan nian indah. Akanku kenang setiap memori yang korang ukir dalam kanvas hidup ni.Semoga panjang umur dan dapat berjumpa lagi pada 2016 :)

Tahun depan dah masuk 20, haihh makin tua ni, makin banyak tanggungjawab yang perlu digalas. tak boleh leka lagi dah. Hidup kita bukan sepeti kelip-kelip yang hanya mempunyai jangka hayat 2 minggu sahaja.Kita manusia , makhluk yang istimewa dan bertanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU daripada saya yang diperantauan.*ceh sumpah bajet. Semoga azam kalian tercapai untuk tahun 2016 yang akan datang.

p/s: berharap lebih bersemangat untuk subjek studio di sem depan..huhuhu R.I.P studio sem satu. Happy PhySICK paper!! wish me to do well in part 1 Architecture T_T

xoxo,
bakal arkitektur
TERIMA KASEH DAUN KELADI KALAU BOLEH KOMEN SEKALI !

No comments:

♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...