JANUARY





Assalamualaikum.

Hello January! 
Welcome to 21 to FARA AND GENG! :P
Related image

Selamat tahun baru, masih belum lambat untuk diucapkan? Dan, selamat anniversary bercuti semester buat yang sedang cuti lah! Sila nikmati cuti ni. Azam tahun ni untuk memperbaiki azam tahun lepas kearah yang lebih baik :) semoga tercapai. Ameen.

Baru – baru ni aku membaca novel fixi, KAMERA oleh Mim Jamil katanya novel ni (buat pembaca matang). So, aku wonder lah apa yang matang dalam cerita ni. Usai aku membaca ,aku dapat kupaskan novel ini bagus untuk dibaca supaya otak kita lebih terbuka untuk menerima pandangan yang lebih realiti berbanding novel cinta yang makin banyak diadaptasi di kaca televisyen. Aku bukan menolak/ mengecam penulis novel cinta sebab aku pun minat jugak.

Image result for fixi kamera

Apa pun, kita sebagai pembaca perlu bijak dalam mencari apa idea yang dikupas/ketengah oleh penulis untuk dijadikan ilmu dan lebih bagus kalau kita tidak terikut-ikut/fanatic terhadap benda yang kita suka. Contoh, ada yang buat whatpad novel sedia ada tanpa kebenaran penulis dan edit sesuka hati ataupun membayangkan hidup kita macam novel. Berhenti berfantasi anak-anak! Bangkitlah mencapai cita-citamu dan tidak mengharapkan dirimu seperti drama petang kerana kehidupan realiti sekarang jauh sekali. Ingat kejayaan tak datang bergolek! (nasihat kepada diri sendiri).

REVIEW KAMERA/ MIM JAMIL
1. Aku suka sangat dengan kupasan yang dibuat tentang negara-negara yang dia lawati seolah-olah macam kita berada disuasana tersebut. Penulis juga memberi info yang berguna sekali untuk backpackers/ traveller. Kalau aku tak baca novel ni aku pun taktau kewujudan Couchsurfing semua. Biasanya kalau aku baca novel lain, bila pergi luar negara je kau akan duduk kat hotel mewah, makan kat restoran, sedangkan mostly pembaca novel ni dari range kehidupan yang sederhana.
2. Mungkin aku suka budak medik, so bila dia kupas tentang life seorang budak medik aku suka! Dia mengupas dari sudut sebenarnya kehidupan budak medik yang tak indah dan memberi gambaran terhadap pelajar yang hanya waktu belajar menumpukan perhatian terhadap belajar dan memekakan telinga dari mengambil tahu dunia selain daripada bidangnya. Alangkah ruginya sedangkan ilmu dunia/pengetahuan luar ni sangat berguna untuk hidup dan kadangkala hidup memerlukan kau keluar dari zon selesa.
3. MATERIALISTIK. Paling ketara sekali kita boleh nampak di uni life, orang yang berada dan tidak berada. Di mana kelompok yang berada ni tanpa rasa bersalah menghina seseorang yang tidak memakai benda yang branded dan bila orang yang kurang berkemampuan ini terasa dan memencilkan diri dia, mereka menganggap statement mereka tu BIASA & TIDAK MEMAKSUDKAN MENGHINA. Ironiknya,mereka merasakan pandangan diorang benar, jika kau terasa bermakna kau lah si bodoh yang terasa. Whut!
4. Idea. Penulis berpandangan idea tu datang dan hilang tanpa dijemput /undang. Kau mungkin mendapat idea ketika makan tapi kau takde pen dan kertas. Dem, aku setuju dengan pe yang dikatakan sebab kadang-kadang aku tengah feeling balik sesorang dari kelas dapat idea nak menulis tapi bila balik bilik buka laptop. Hilang dah. Blank!
5. MEDIA SOCIAL. FACEBOOK.INSTAGRAM.TWITTER.BLOG n so on….semua medium ni dianggap cara kau membogelkan kehidupan kau terhadap umum zaman moden tanpa kau sedar. We don’t own anything! Sebab semua account kita bukan milik kita, tapi pemilik orang yang menubuhkan medium tu macam Mark Zuckeberg. Setiap kali kau buat post, tweet kau mendedahkan kisah kau kat umum dan ada setengah yang siap memberitahu exact location sekali. Cara kau bercakap/menulis mengambarkan diri kau tanpa kau sedar. Konklusinya, jika anda seorang yang suka mempunyai banyak account just be wise especially kalau perempuan.(sangatlah bahaya) Aku ni masih ditahap amatur dalam stalk tapi aku rasa tak susah untuk dapatkan maklumat seseorang dengan adanya media social kini. Dalam sehari kau boleh dpat detail, no rumah, alamat, award yang penah dia dapat, past lover diorang. Kisah hidup jangan cakap lah. So berhati-hatilah.
Demikian itu,cukup kot untuk post hari ini harap dapat memberi manfaat kepada yang membaca. Saranghae!!

TERIMA KASEH DAUN KELADI KALAU BOLEH KOMEN SEKALI !

No comments:

♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...